top of page

SIRI PENDEK

sedutan

Tonton sedutan: Bahaya Suntik Putih bagi memahami rawatan drip pemutih kulit.

EPISOD 1: SESAL

Di episod 1, Rungkai membawa lakonan semula yang kisahnya merupakan kisah benar. Menceritakan tentang pengalaman seorang bekas pramugari, Ladyvin saat beliau mula-mula terjebak dengan drip pemutih kulit

EPISOD 2: TAASUB

Di episod 2, wartawan Rungkai juga sempat bertemu dengan seorang lagi pengguna drip pemutih kulit yang tidak serik mendapatkan rawatan tidak berlesen ini.  

EPISOD 3: eksperimen sosial

Di episod terakhir bagi siri pendek ini, wartawan Rungkai menjalankan satu eksperimen sosial di kawasan sekitar Setia Alam mengenai mempromosikan drip pemutih kulit.

HASIL PENEMUAN PENYIASATAN

Melalui penyiasatan ini, dapat disimpulkan bahawa pada umumnya, ramai yang mengetahui mengenai rawatan drip pemutih kulit ini, tetapi hanya sebilangan daripada mereka yang berminat untuk melakukannya manakala sebahagian lagi memilih untuk tidak terjebak dalam rawatan tidak berlesen ini.

Selain itu, apa yang lagi membimbangkan adalah terdapat pengasas rawatan ini yang merupakan pengamal perubatan dan ini sudah semestinya melanggar etika dan profesionalisme seorang pengamal perubatan yang digariskan dalam Code of Professional Conduct yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

bottom of page