OBSESI TERHADAP
PUTIh
"Tak kisah pun sakit, asalkan cantik."
merungkai kegiatan haram
suntikan pemutih
Sehingga kini, drip pemutih kulit atau suntikan Vitamin C masih menjadi kegilaan rata-rata individu yang inginkan kesan pemutihan kulit dengan cepat.
Drip pemutih kulit atau suntikan vitamin C merupakan suatu prosedur yang menyuntik dan memasukkan vitamin C (dan ada kala disertai komponen kimia yang lain seperti glutathione) ke dalam kulit.
​
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), penggunaan vitamin C dan glutathione sebagai pemutihan kulit adalah sangat tidak digalakkan.
Hal ini adalah kerana berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan, tidak ada manfaat rawatan tersebut terhadap pemutihan kulit. Malah, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si penerima.
​
Pada tahun 1984, kerajaan Malaysia telah menggubal satu peraturan dimana individu yang menjalankan barangan tersebut akan dikenakan kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a), Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang menjual suntikan vitamin C adalah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a), Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.
Jika disabit kesalahan, individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Kpk Kesihatan