top of page
DATA VISUAL.jpg
2.png

Sumber: Market.Us

Nilai produk pemutih kulit di pasaran seluruh dunia dianggarkan untuk terus mendadak naik daripada 2022 sehingga tahun 2032.

Pada tahun ini sahaja, produk-produk yang terdiri daripada krim, pencuci muka, masker muka dan lain-lain yang bertujuan merawat kulit gelap, berpotensi untuk mencecah keuntungan sebanyak
USD 10,216.

Meskipun drip pemutih kulit tergolong dalam kategori lain-lain, hal ini mencetuskan kebimbangan apabila menyaksikan produk-produk ini mendapat sambutan luas di seluruh dunia termasuk Malaysia.

TAHAP KESEDARAN MENGENAI DRIP SUNTIKAN KULIT DI MALAYSIA 

Adakah anda mengetahui mengenai drip pemutih kulit?

Jumlah responden: 81 

Arahan: Gerakkan kursor anda ke dalam carta untuk melihat informasi tambahan

Walaupun rawatan drip pemutih kulit ini sering kali dikendalikan secara haram dan tersembunyi, namun rata-rata rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan am mengenai rawatan ini.

Hal ini dibuktikan menerusi satu tinjauan khas yang dilakukan menerusi pelantar Instagram.

Menerusi soalan itu,
64% (52 responden) mengakui diri mereka mengetahui mengenai rawatan drip pemutih kulit tersebut.

Adakah anda berminat untuk melakukan drip pemutih kulit?

Sementara itu, apabila ditanya pula sama ada mereka berminat untuk melakukan rawatan drip pemutih kulit atau tidak, hanya 21% (18 responden) yang berminat manakala lagi 79% (85 responden) tidak berminat.

Tinjauan ini menyaksikan sebilangan besar responden mempunyai kesedaran tentang keburukkan rawatan drip pemutih dan tidak cenderung untuk menerima servis kecantikan itu.

Arahan: Gerakkan kursor anda ke dalam carta untuk melihat informasi tambahan

Jumlah responden: 85

'PUTIH' ITU STANDARD KECANTIKAN DI MALAYSIA

Tinjauan ini juga untuk menyelidik pendapat responden mengenai warna kulit yang lebih putih serta standard kecantikan di Malaysia.

Ketika ditanya sama ada warna kulit yang cerah dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang,
63% (52 individu) bersetuju dengan kenyataan yang dikemukakan.

Namun begitu,
 67% (58 responden) tidak mengharapkan warna kulit yang lebih cerah berbanding tona kulit yang mereka ada.

Turut diajukan mengenai standard kecantikan di Malaysia yang mengutamakan warna kulit yang lebih cerah, majoriti responden sekitar
51% (44 responden) bersetuju dengan tanggapan tersebut.

Hal ini membuktikan masyarakat bersependapat tentang warna kulit yang lebih cerah merupakan standard kecantikan seseorang individu sehingga boleh meningkatkan keyakinan diri.

Namun begitu, mereka tidak mengharapkan perubahan pada tona kulit sendiri supaya menjadi lebih cerah.

Produk pemutihan kulit dan suntikan vitamin C yang dijual secara dalam talian melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram adalah topik yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangat prihatin. Di sini adalah penting untuk diingat bahawa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan KKM tidak pernah mendaftarkan produk suntikan yang mengandungi vitamin C.

 

Produk yang digunakan secara suntikan tidak boleh dikelaskan sebagai produk kosmetik kerana cara mereka digunakan adalah di luar skop takrifan kosmetik. Oleh itu, KKM tidak dapat mengesahkan atau menjamin aspek keselamatan dan kesahihan yang didakwa oleh produk tersebut.

 

Di seluruh Malaysia, dari 2016 hingga Jun 2018, sebanyak 762 laman sesawang dan media sosial yang menjual produk pemutih termasuk Vitamin C telah disiasat, dipantau dan diambil tindakan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 laman sesawang telah disekat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Facebook, Google, pembekal domain dan web hoster.

Screenshot 2023-07-22 215225.png

Tambahan pula, sejak 2019 sehingga November 2021, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima 362 aduan daripada orang awam mengenai ubat kuat dan suntikan vitamin C.

 

Sebanyak 187 premis yang menjual suntikan vitamin C telah diserbu dengan nilai rampasan berjumlah RM278,202.

bottom of page