RENCANA
Menerusi laporan penyiasatan ini, Rungkai telah mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai drip pemutih kulit dari pakar dan juga serba sedikit pengalaman pelanggan yang menerima rawatan tersebut.
Obsesi Masyarakat "Putih Itu Cantik"
Drip pemutihan kulit, dipercayai dapat mencerahkan kulit, tidak diiktiraf sebagai rawatan yang sah di Malaysia, dan penggunaannya adalah haram kerana berpotensi membahayakan kesihatan seseorang.
Malangnya, ketaksuban untuk memiliki kulit yang lebih cerah berterusan dalam kalangan ramai individu di Malaysia, kerana ia dianggap standard kecantikan masyarakat, sering membayangi keindahan warna kulit yang lebih gelap.
​
Sakit Tapi Redha
Meskipun setiap orang memiliki persepsi sendiri tentang definisi kecantikan, media dan iklan yang kita tonton di televisyen serta di majalah sering menampilkan model yang berkulit putih dan mulus.
Hal ini mempengaruhi masyarakat terutamanya golongan wanita untuk mengubah penampilan mereka dan menghabiskan banyak duit untuk kelihatan seperti model yang diidolakan.
​